Monday, January 14, 2013

beautiful nature scenery (1080p HD)

Saturday, January 12, 2013

Pulau Besar Melaka

Kali ini trip ke Pulau Besar Melaka. Pulau yang banyak menyimpan misteri dan teki-teki
ini kali kedua aku menjejakan kaki kepulau ini, aku Jasmi dan sepupunya Ijai hanya bertiga.
ketika ini adalah Hari Raya Haji jadi ramai india muslim dan juga india hindu berpusu-pusu ketempat ini
ada yang datang bercuti dan ada juga datang untuk mencapai niat masing2. aku tak paham mengapa
ramai bangsa india datang ketempat ini, setelah dikaji dan diselidik pulau besar ini adalah tempat mereka
memuja semangat, ada datang mintak no ekor ada yang datang meminta pada batu-batu kubur-kubur untuk kepentingan mereka. trip kali ini aku tidak membawa banyak makanan kerana temanku jasmi mengatakan kita boleh makan ditanah wakah dimana makanan dan minuman hanya percuma, kerana waktu itu adalah hari raya haji dan ramai yang datang membawa daging untuk disembelihkan..

Tapak perkhemahan kali ini bukan ditempat biasa, tetapi berhampiran dengan tanah wakaf dan tapak perkhemahan kam juga berhampiran juga dengan kubur yang dikatakan kubur Nenek Kebayan Gunung Ledang. Pada waktu malam pula temanku jai membawa aku dan jasmi kekubur Nenek Kebayan tersebut. kubur itu amat panjang dan aku boleh melihat banyak bunga-bunga ditaburkan, bila disebelah petang pula aku melihat kubur itu penuh dengan kemenyan,colok,makanan,tembakau,duit-duit syiling yang ditinggalkan oleh mereka yang memuja kubur tersebut...sudah menjadi amalan mereka yang datang kesini sejak dulu lagi ketika musim perayaan dan hampir kesemua yang datang untuk memuja adalah mereka yang berbangsa india. aku tak dapat bezakan yang mana muslim dan yang mana hindu..

Esoknya Ijai membawa aku dan Jasmi berjalan-jalan kelilingi pulau ini untuk melihat apakah lagi misteri yang terdapat disini dipulau ini aku dibawa kehotel lama yang agak menyeramkan, hotel ini dipanggil Mariana Hotel, apa yang diberitahu oleh Jai hotel ini ketika tahun 90an memang ramai orang yang datang tapi disebabkan sesuatu yang aku tak pasti hotel ini hanya menjadi tinggalan sahaja, kosong dan tesergam indah kalau dilihat dari jauh..ketika berjalan pusing dihotel itu kami terserempak dengan pakguard yang yg sedang melihat kami, kami menghulur sedikit duit kat pakguard tu agar kami boleh berjalan-jalan melihat disekitar . pakcik yang baik hati ni membenarkan kami meneruskan perjalanan (maklumlah dah dapat duit) cuma dia berpesan hati-hati takot boss dia datang pulak.Ya sebelum kehotel itu aku dibawa ke tempat yang dipanggil batu terbelah, dan memang aku melihati ada belahan batu besar disitu. jugak dipenuhi dengan colok-colok dan kami menemui sekeping kertas diselitkan ditepi batu itu. nak tau apa yang dituliskan? (semuga anak saya lulus pmr tahun ni) lebih kurang mcm tula.

Setelah itu kami masuk kedalam hutan untuk melihat Telaga Bunian yang dipenuhi dengan bunga (aku tak pasti bunga apa) kemudia melawat tasik kecil yang dipenuhi ikan kaloi.. memang banyak ikan kaloi kat situ tapi jai kata jangan memancing disini kerana dikatakan tempat keramat. dan banyak jugalah plastik2 makanan ikan yang bertimbun kat sini, dan untuk pertama kali aku melihat pokok yang dipanggil Pokok Melaka.dan kami juga melawat Gua Yunus yang dipenuhi colok-colok tempat orang dtg memuja, dan apabila kami naik pula keatas gua itu terlihat keindahan yang sangat mengkagumkan hati.setelah itu kami melihat sebuah pulau yang dipanggil Pulau Hantu, kata jai dulu ramai yang datang kat situ buang saka la buang "benda" la jangan ada yang buang bayi dahla... tapi kalau tengok dari jauh memang menyeramkan lagi pula dengan kesah-kesah yang dikaitkanya ermm nama pun hutankan.

Jai yang pernah menetap dipulau itu beberapa tahun sudah tahu selok belok dan latar belakang pulau besar itu, dia pernah dipatuk oleh ular ketika membawa budak-budak naik treking , mujurla umurnya panjang tapi kesan parut yang berbentuk seakan-akan logo nike itu masih nampak jelas dikaki kanannya.

Rumusan yang boleh aku buat melalui pengalaman ini: Pulau yang pengujungnya datang untuk memuja samangat kubur,batu-batu besar disini. Pulau yang penuh dengan misteri dan tanda tanya.

Pengalaman lucu: jorang 2 batang yang dibawa oleh Jasmi patah kerana kami hehe (nanti kami ganti balik yer), jas berjaya menangkap ikan daun baru dalam 2,3 eko2 :)

Tempat yang kami lawati di\pulau ini: kubur Nenek Kebayan, batu besar berbentuk kepala ular,( tempat Ijai dipatuk ketika membawa budak2 naik treking tidak lama dulu),

Gua Yunus, Telaga Bunia, Hotel Mariana lama yang menyeramkan, perigi ikan kaloi (banyak gile ikan kaloi!, hati-hati tidak boleh memancing atau membawa balik ikan-ikan ni, dikatakan ada yang menjaganya) makan pahlawan tok janggut, makan sultan berbangsa arab dalam sekitar masjid disitu (panjang makamkanya). Dan muzium Pulau Besar (tak sempat nak masuk tengok-tengok). mungkin banyak lagi tempat-tempat lain yang kami tak tau..

Pengalaman aneh: ketika aku dan jasmi berjalan kaki ketapak perkhemahan aku dan jas terkejut melihat dilangit berhampiran masjid dimana aku meilaht bentuk awan seakan tubuh manusia yang berkerudung dan saiznya amat besar. kami tergaman sebentar melihat kejadiah yang ganjil itu.

Aku berharap pada mereka-mereka yang mahu kesini dan mahu melihat sendiri tempat yang aku sebutkan ini dan mahukan seorang guide yang boleh membawa mereka bolehlah menghubungi aku menerusi blog aku ni. bukan aku yang bawa tapi kalau temanku Jai tu free aku leh soundla kat dia k...pada sesiapa yang sukakan misteri itu sendiri jangan segan-seganlah datang kat Pulau ni... korang mesti tak menyesal dan jangan takut ada penginap hotel disini...pada yang kaki pancing ehemmm ikan-ikan besar sedang menanti anda! :)


Mariana Hotel
Gunung Ledang dari kejauhan
Pelabuhan Pulau Besar
Pantai Pulau Besar Melaka
Hotel Mariana yang tidak berpenghuni

Friday, April 10, 2009

Gunung Belumut

Minggu lepas aku ke Gunung Belumut Kluang Johor Bharu bersama dua orang teman, tempat tu dalam proses membaik pulih cuma boleh masuk untuk mandi je, kami dilarang berkhemah dalam tempoh tu, tapi setelah memujuk penjaga tempat tersebut kami dibenarkan untuk bermalam, itu pun kene bayar 40 ringgit untuk 4 hari 3 malam. Gunung Belumut akan dibuka semula untuk campers pada bulan 5 ni dengan bayaran 150 ringgit untuk 1 group

Aku didepan pintu masuk G.Belumut

Ini Jasmi

Damai.







Lubuk ikan keli dan ikan putih

Tengah rindu bini kat umah





Melankolis

Cuaca yang baik sebelum hujan lebat

Jambatan ke puncak

Orang asli tempatan